Artis, penganjur majlis dikompaun RM19,000 langgar SOP

Kompaun 7 Selebriti
Kompaun 7 Selebriti
A
A
A

POLIS mengeluarkan kompaun berjumlah RM19,000 terhadap individu yang terlibat dalam Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 yang berlangsung di sini pada 29 April lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) penganjuran majlis itu telah dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara pada Isnin.

"Enam individu iaitu Nurin Afiqah Zulkifli, Nur Heliza Helmi, Nur Hazwani Helmi, Ahmad Faizal Yaakob, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dan Siti Nur Iman Alyssa Sahabuddin dikompaun RM1,500 setiap seorang.

"Ini kerana mereka gagal memakai pelitup muka sewaktu berada di hotel The Westin, Bukit Bintang untuk Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kompaun RM10,000 pula dikenakan ke atas Ariz Ramli dari Syarikat Rindu Raudah Sdn Bhd selaku penganjur kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka sepanjang majlis berlangsung.

Katanya, jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan ialah sebanyak RM19,000.

Pada awal Mei lalu iaitu ketika tempoh PKPB, tular di media sosial menunjukkan beberapa artis hadir pada majlis berkenaan; antaranya ialah Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz.

(OLEH: Muhamad Afham Ramli - Sinar Harian)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca