Atu Zero beri baju Melayu kepada orang kampung, siap kelengkapan keluarga 3 bulan sebelum Ramadan

Copy of Copy of gambar portal_20240408_112518_0000
Copy of Copy of gambar portal_20240408_112518_0000
A
A
A

 

SETIAP tahun sebelum tiba Syawal, pelawak Atu Zero dan isteri, Shafeeqa Johari akan mengumpul pakaian terutama baju Melayu untuk diberikan kepada penduduk kampung di Sabah.

Kongsi Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kunal Doli Sharif, 32, inisiatif itu bukan untuk mereka yang tidak berkemampuan sahaja, tetapi dalam masa sama memudahkan orang kampung supaya tidak membazir masa untuk ke bandar yang mengambil tempoh masa perjalanan yang lama.

"Kadang-kadang ada orang taja baju 10 hingga 50 baju Melayu, sampai tak terpakai jadi saya kumpul kemudian berikan kepada orang di kampung.

"Sesiapa tak mampu kita akan bagi baju termasuk yang preloved, saya pakai sekali saja. Daripada simpan baik kita bagi orang. Setiap tahun kami buat pemberian seperti ini.

"Ia kerana di sana nak mencari baju cantik perlu pergi ke bandar yang mengambil masa dalam lima jam jadi inisiatif berkenaan sedikit sebanyak menyelesaikan masalah itu," katanya kepada SinarPlus.

Sementara itu, bagi persiapan raya untuk keluarganya, Atu berkata, beliau dan isteri sudah menyiapkan kelengkapan tersebut pada Disember tahun lalu supaya tidak kelam-kabut.

"Kita tahu raya April jadi bersiap sedia baju raya bulan Disember tahun lepas lagi, supaya tidak terkejar-kejar.

"Selain itu, komitmen kerja menyebabkan tiada masa dan memandangkan kewangan ketika itu ada lebih, jadi kita siapkan awal," ujarnya.

Soalan cepu emas yang selalu menjadi konflik dalam hubungan suami isteri ketika Syawal ialah balik beraya mana tahun ini?

Justeru, 'masalah' itu juga tidak lari daripada pasangan berkenaan.

Shafeeqa ketawa ketika ditanya soalan tersebut, katanya, tahun ini juga akan beraya di kampung Atu.

"Insya-ALLAH tahun ini kita akan balik ke Sabah. Suasana raya di sana berbeza, saya hanya dua beradik manakala suami ada sembilan tambah lagi saudara mara memang meriah, masih ada lagi adat kunjung- mengunjung, masak bersama keluarga dan bermain mercun.

"Pernah sekali tak balik Sabah sebab mengandung, tetapi sementara mampu dan keluarga saya pun faham kerana kita duduk berdekatan," katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca