Ayda Jebat, Nabil Mahir akhirnya buka rahsia – umum jantina anak

A
A
A

SELEPAS beberapa kali berteka-teki mengenai jantina anak dalam kandungan, penyanyi, Ayda Jebat dan suaminya, pengacara Nabil Mahir akhirnya membuka rahsia kepada keluarga, peminat dan teman media.

Bakal menimang cahaya mata perempuan pada hujung September nanti, Ayda berkata, dia akan melalui proses bersalin secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta.

Pengumuman itu dibuat dalam satu video yang dimuat naik di saluran YouTube mereka kira-kira jam 9 malam, Jumaat.

“Syukur semuanya dalam keadaan baik dan saya juga mendapat sokongan dan kasih sayang sepenuhnya dari Nabil serta keluarga.

"Saya sudah bersedia dan Insya-Allah semuanya akan selamat serta mohon doakan buat saya,” ujarnya.

Ayda memilih untuk menjalani proses bersalin secara pembedahan.

Nabil berkata, dia dan Ayda sentiasa berjaga-jaga sebelum ini bagi memastikan rahsia jantina anak mereka tidak diketahui keluarga sebelum masanya.

"Alhamdulillah semuanya berjalan seperti dirancang dan kami berjaya rahsiakan perkara ini dari pengetahuan semua termasuk keluarga.

“Takut juga kalau ‘kantoi’ sehinggakan kalau beli barang bayi, kami pastikan ia disimpan sebaiknya supaya tidak diketahui,” jelasnya.

Tambah Nabil, mereka masih belum memilih nama buat puteri sulung yang bakal dilahirkan, namun sudah ada beberapa senarai.

"Saya mahu nama anak saya ada makna yang baik kerana panggilan itu satu doa," katanya.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail di ibu negara selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca