Ayda Jebat nikah 1 Januari 2021, majlis ikut SOP, tunda majlis resepsi

JIKA dihitung berbaki enam hari sahaja lagi penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat bakal bergelar isteri kepada pengacara, Nabil Mahir. 

Seperti mana yang diumumkan menerusi saluran YouTube Channel Wuvvshow sebelum ini pasangan selebriti terbabit sepakat melangsungkan pernikahan pada 1 Januari 2021.

Menebak hati pemilik nama sebenar, Nur Suhada itu beliau menzahirkan keterujaan bakal melangkah ke gerbang perkahwinan bersama pilihan hatinya.

Iklan
Iklan

“Debaran itu ada. Cuma tiada sedikitpun terbit perasaan ragu-ragu atau terkilan kerana saya yakin dengan keputusan ini (berumah tangga).

“Lagipun bersedia atau tidak menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri yang terbaik selepas ini, saya berdoa semoga urusan itu dipermudahkan,” katanya ketika ditemui SinarPlus di set rakaman program Melodi Xtra HyppSensasi Unifi, Bangunan Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor semalam.

BIARPUN bakal bernikah pada 1 Januari depan, Ayda Jebat masih aktif bekerja mempromosikan lagu baharunya, Parah Parah.

Berbicara lanjut mengenai persiapan hari bahagianya, Ayda berusia 28 tahun bersyukur kerana setakat ini semuanya berjalan lancar.

Biarpun kini negara sedang berdepan Covid-19, namun situasi terbabit bukan penghalang untuk beliau membina masjid bersama Nabil berusia 32 tahun.

“Alhamdullilah, saya tidak mempunyai tema atau konsep perkahwinan tertentu.

“Justeru, apabila tempoh pandemik memerlukan kita mematuhi beberapa prosedur operasi standard (SOP) seperti tidak menganjurkan majlis skala besar, saya tetap beryukur.

“Bagi saya mengadakan majlis kecil pun tidak mengapa, asalkan perkara wajib dapat dilaksanakan,” ujar pelantun lagu Pencuri Hati tersebut.

PASANGAN selebriti, Ayda dan Nabil dijadualkan mengadakan majlis pernikahan ringkas mengikut SOP ditetapkan.

Menurut Ayda, majlis pernikahannya dijadualkan berlangsung dalam suasana ringkas.

“Saya dan Nabil akan bernikah di masjid yang dihadiri 50 tetamu daripada famili dan rakan terdekat sahaja.

“Selain itu, perancangan asal saya ingin mengadakan majlis resepsi pada bulan Februari, namun terpaksa ditunda.

“Ini disebabkan dewan hotel yang saya ingini habis ditempah,” katanya.

Sebelum ini, Ayda dan Nabil melangsungkan pertunangan melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April lalu.

Share
Izyan Liyana

 

Published by
Izyan Liyana

Recent Posts

Hidap jantung berlubang sejak 2016, pelajar Tingkatan Dua maut merentas desa

MERENTAS desa salah satu agenda wajib di peringkat sekolah rendah mahupun menengah. Diadakan setahun sekali,…

41 mins ago

Kronologi beras, tepung, sardin dibuang di tapak pelupusan sampah hingga dikutip orang, 10 fakta sebenar perlu tahu, rupa-rupanya…

BARU-baru ini tular beberapa gambar serta video yang memaparkan sejumlah beras dan makanan mentah seperti…

2 hours ago

‘Comel dan handsome anak-anak, wife pun lawa.’ Potret keluarga Jamal Abdillah bikin ramai teruja

'Comel dan handsome anak-anak, wife pun lawa.' Potret keluarga Jamal Abdillah bikin ramai teruja SAMBUTAN…

2 hours ago

Tergamaknya! Asbab calar kereta, 3 beradik kematian ibu dihalau & dihina runtun hati warga maya

'TERGAMAKNYA buat kepada darah daging sendiri'! Demikian komen warga maya yang mengikuti video tular remaja…

3 hours ago

Dikejarkan ke hospital, Lana Nodin alami jangkitan usus. ‘Doakan saya cepat sembuh.’

BERITA pelakon dan usahawan Lana Nodin jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital menjadi kejutan kepada…

9 hours ago

Kitar semula botol terbuang hingga 95 peratus, ini cara kreatif selamatkan bumi

BUAT pertama kalinya di Malaysia, Bio-Home memperkenalkan Stesen Pengisian Semula Eco untuk mengitar semula botol…

9 hours ago