Ayie (Floor88) timang anak perempuan, Ariff Bahran dapat anak lelaki

AYIE-ARIFF
AYIE-ARIFF
A
A
A

DUA penyanyi popular, Ayie Ilham atau Ayie Floor88 dan Ariff Bahran nampaknya berkongsi berita gembira yang sama minggu ini apabila bergelar bapa buat pertama kalinya.

Ayie yang juga vokalis kumpulan Floor88 berkongsi berita gembira selepas isterinya, Tasha Awie selamat melahirkan bayi perempuan di salah sebuah pusat perubatan di ibu negara, pada Jumaat.

Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 25, bersyukur kerana proses bersalin isterinya, Tasha, 23, berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.

“Alhamdulillah berkat doa keluarga dan kawan-kawan semua, isteri saya sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Semuanya okey dan lancar.

"Buat masa ini saya sedang siapkan apa yang patut untuk bayi perempuan kami. Sebarang perkembangan terkini saya akan kongsikan kemudian,” katanya menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Ayie yang berasal dari Sabah mendirikan rumah tangga bersama Tasha pada 21 Oktober tahun lalu. Dua bulan selepas itu, mereka berkongsi berita mengenai kehamilan isterinya.

AYIE-ARIFFAyie (gambar kiri) dan Ariff nampaknya berkongsi momen gembira yang sama minggu ini.

Berita gembira sama turut dikongsikan Ariff Bahran apabila isteri tercinta, Amirah Syazwani Mohd Ridzuan, 28, selamat melahirkan bayi perempuan jam 3.32 pagi tadi.

“24/7/2022 – 3.32am. Alhamdulillah, kami sangat berbangga dengan anda, anak lelakiku,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, Arif atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 24, dan Amirah Syazwani mendirikan rumah tangga pada 3 September tahun lalu di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam.

Perkahwinan Ariff dan isteri dirahsiakan daripada pengetahuan umum selama tiga bulan dengan alasan tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak dan berita gembira itu diumumkan ketika siaran langsung malam Anugerah Drama Sangat 2022.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca