Ayu Raudhah selamat bersalin anak kelima

A
A
A

PELAKON Ayu Raudhah telah selamat bersalin anak kelima yang juga bayi lelaki.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh suaminya yang juga pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha menerusi akaun Instagram kira-kira jam 8 malam tadi.

“Alhamdulillah isteri saya sudah selamat melahirkan bayi lelaki,” tulis Zaquan ringkas.

Dalam pada itu, Ayu yang juga adik kepada aktres Rozita Che Wan memberitahu, dia dan anaknya berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa dan ucapan kalian. Mommy dan baby boy sihat dan selamat,” tulisnya.

Ayu pada akhir Disember lalu berkongsi khabar gembira mengenai kehamilannya sempena ulang tahun kelahiran yang ke36.

Terdahulu, Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, dan Muhammad Aisy Khaliq, 2.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca