'Bagai sirih pulang ke gagang' - Fafau kembali ke Hot FM bersama AG

Untitled design (28)
Untitled design (28)
A
A
A

‘BAGAI sirih pulang ke gagang’. Begitulah yang dapat disimpulkan apabila pengacara dan penyampai radio, Fara Fauzana kembali ke stesen radio Hot FM selepas lima tahun.

Turut sama kembali ke Hot FM adalah rakan penyampainya, AG dan mereka berdua mengendalikan segmen Geng Pagi Hot (GPH) bersama Fad Bocey bermula hari ini.

Perkara tersebut telah diumukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ripple, Nazri Noran menerusi Instagram pagi tadi.

"Sejujurnya memang agak susah nak menyimpan rahsia. Lagi-lagi dengan AG dan Fad yang asyik tanya macam-macam.

“Tetapi selepas hampir seminggu tutup mulut dan hanya beberapa orang sahaja yang tahu, pagi tadi barulah dapat umumkan Fara Fauzana kembali ke Hot FM.

“Lega!!! Barulah boleh tidur. Inilah antara perubahan untuk 2 Ogos ini," kongsinya.

Ketiga-tiga penyampai berkenaan menggantikan tiga orang penyampai sebelum ini iaitu Fizie, Mark Adam dan Riena Diana yang mengendalikan slot Geng Pagi Hot.

AG dan Fara atau mesra dengan panggilan Fafau meninggalkan Hot FM pada tahun sama. AG kemudiannya menyertai Kool FM, manakala Fafau mahu memberi perhatian terhadap perniagaannya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca