Bagaikan mimpi, wajah Aisha Retno hiasi papan iklan digital di New York Times Square

A
A
A

BAGAIKAN mimpi! Begitulah perasaan yang diluahkan penyanyi remaja, Aisha Retno, 22, mencipta sejarah manis apabila wajahnya terpampang di billboard New York Times Square, Amerika Syarikat.

Penampilan Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam pada papan iklan terkenal itu adalah sebagai duta kempen EQUAL daripada Spotify, mewakili Malaysia dan Singapura untuk Julai 2022.

Equal adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.

Ia menampilkan senarai lagu EQUAL dan ‘sister program’ di 35 pasaran dan menembusi lebih 50 negara dari Jepun, Argentina, Poland dan United Kingdom.

Baca juga ‘Ini bekalan akhirat saya dan suami.’ Siti Nurhaliza bina sekolah Afwa dan Aafiyah untuk anak-anak Gaza

Menerusi perkongsiannya di Instagram sebentar tadi, Aisha sangat bersyukur di atas penghargaan tersebut.

"Mama, Am I Dreaming? Sudah dua tahun kehadiran saya dalam industri dan ini adalah salah satu pencapaian terbesar dalam hidup saya.

"Alhamdulillah! Kepada pasukan @sonymusic_malaysia dan @aishalicious02, anda semua tahu bahawa setiap daripada anda adalah permata!

"Mari kita raikan semua wanita di luar sana terutamanya dalam industri muzik kerana kita sememangnya inspirasi kepada diri kita terhadap masa lalu, masa kini dan masa depan kita!

"Semoga kalian tetap percaya dengan diri anda sendiri dan jangan pernah hiraukan gurauan senda sinis yang menjatuhkan darjat anda sebagai seorang wanita, kerana kita adalah SUTERA yang terlihat halus diluar tapi batinnya susah untuk dicerakinkan!

"Terima kasih atas sokongan anda kawan-kawan! Ia bukanlah satu perjalanan yang mudah bagi saya untuk berada di tempat saya sekarang tetapi anda adalah orang yang membuat saya terus maju, sorak dan nantikan single baru saya dengan @wearemfmf," coretnya.

Baca juga Serah segala ketentuan kepada ALLAH – Mizz Nina

Aisha Retno

Dalam pada itu, Aisha semestinya berterima kasih kepada kempen EQUAL dan label yang menaunginya, Sony Music Entertainment Malaysia.

"Terima kasih yang tidak terhingga kepada @spotifyasia atas peluang yang luar biasa sempena meraikan Wanita untuk kempen EQUAL ini suatu penghormatan untuk menjadi duta EQUAL anda bulan ini mewakili Singapura & Malaysia!" ujarnya.

Perkongsiannya itu mendapat ribuan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat. Mereka turut menitipkan semangat dan doa kejayaan yang berterusan buatnya.

Sebelum ini artis negara kita yang pernah menghiasi papan iklan digital itu adalah seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Iman Troye, kumpulan Dolla, Yuna dan Layla Sania.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca