Bakal bergelar ibu, Ain Edruce kongsi berita kehamilan

SELEPAS hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara, Ain Edruce mengesahkan dirinya sedang hamil cahaya mata pertamanya dan usia kandungan kini hampir mencecah empat bulan.

Pengesahan yang dibuat oleh Ain atau nama penuhnya, Nurain Edruce, 29, menerusi laman YouTube miliknya hari ini, sekali gus menjawab tanda tanya peminat yang sebelum ini membuat spekulasi tentang hehamilannya.

“Banyak sangat persoalan orang tanya adakah saya saya dah hamil kerana nampak macam ‘baby bump’ lah, badan dan berubah dan lain-lain.

Iklan
Iklan

“Jadi saya rasa dah tiba masanya untuk saya kongsi dengan semua orang yang sayang saya tentang perkara ini.

“Ya, saya dah mengandung. Alhamdulillah saya mengandung. Sebelum ini saya tak pernah cakap apa-apa sebab benda itu masih terlalu awal. Sekarang baru boleh kongsikan,” jelas Ain.

Menurut pelakon sitkom J.K.K itu lagi, mengetahui tentang kehamilannya beberapa hari sebelum bercuti ke Langkawi kerana lewat ‘datang bulan’ pada ketika itu.

“Disebabkan lambat datang bulan, saya membeli alat ujian kehamilan dan akhirnya dapat tahu saya hamil.

“Bila dah tahu hamil, saya dan suami terpaksa batalkan aktiviti lasak yang kami sudah rancang untuk percutian di Langkawi dan hanya relak-relak sahaja di sana,” ujarnya.

Menerusi video tersebut, Ain turut berkongsi momen membuat kejutan pada suaminya tentang berita tersebut.

Apa lucunya, suami Ain, Amirul Hafizi Mustaffa pada awalnya seperti sukar mempercayai berita tersebut kerana menyangkakan Ain hanya bergurau, namun kemudiannya tidak dapat menyembunyikan keterujaannya bakal bergelar bapa.

“Perkahwinan kami sudah hampir setahun dan saya rasa inilah waktu yang terbaik buat kami.

“Mungkin tahun 2020 menjadi tahun yang sukar bagi ramai orang, tapi bagi saya, tahun 2020 sangat bermakna kerana ia memberi kenangan yang tak boleh dilupakan, sebab saya mengandung,” kata Ain.

Ain dan suami mendirikan rumah tangga pada 13 Disember pada tahun lalu.

 

(FOTO: YouTube & Instagram Ain Edruce)

 

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Published by
Wawann Mohd

Recent Posts

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

2 hours ago

Sibuk sampai lupa nak makan? Ini lokasi Express Lunch di Glenmarie, Shah Alam yang boleh dicuba

SIBUK bekerja sampai boleh lupa nak makan! Tak dinafikan, kadang-kadang individu yang jenis workaholic, mereka…

3 hours ago

Tuah Nala kucing terkaya dunia, bernilai RM431.4 juta selepas ‘merempat’, raih anugerah TikToker Of The Year

BERTUAHNYA si comel ini. Dinamakan Nala, si bulus dari California, Amerika Syarikat ini mungkin kucing…

4 hours ago

Tasik diselimuti ratusan ribu ikan mati akibat gelombang panas dan kecuaian

  BERATUS ribu ikan mati dalam takungan di wilayah Dong Nai di selatan Vietnam disebabkan…

6 hours ago

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

20 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

21 hours ago