Bakal disemadikan di Gombak, Shuib tunai hasrat Sarah

A
A
A

JENAZAH Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak selepas semua urusan di hospital selesai.

Menurut suaminya, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, Sarah pernah meluahkan hasrat untuk disemadikan di sebelah kubur arwah ibunya, Nur Aini Mohamad.

"Memang permintaannya untuk dikebumikan sebelah arwah ibunya. Malah selama ini kalau bersembang hal kematian, memang dia ada menyebut keinginan untuk  disemadikan di sebelah kubur arwah ibunya," katanya seperti dilaporkan BH Online.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 1 petang ini.

Shuib berkata, dia reda dengan pemergiaan isterinya dan berjanji akan menjaga  empat cahaya mata perkongsian hidupnya dengan arwah dengan baik.

"Saya reda dengan pemergian isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Cabaran saya untuk memaklumkan tiga anak kami mengenai ketiadaan ibunya selepas ini," ujarnya yang kelihatan cukup tenang ketika ditemui di kaunter Bilik Jenazah, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).

Shuib sempat membuat panggilan video bersama anak-anak ketika Sarah berada dalam keadaan nazak. (Gambar Shuib : Zaidi Mohamad)

Tambah Shuib, dia bersama tiga cahaya matanya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, sempat membuat panggilan video buat kali terakhir bersama Sarah yang sedang nazak di hospital.

"Dengan bantuan jururawat dan doktor, saya membuat panggilan video untuk anak melihat keadaan ibu mereka. Ketika itu nampak juga air mata berlinangan di pipinya seolah olah memahami apa yang saya dan anak bersembang mengenainya.

"Selepas itu, anak kami sudah tidur. Saya juga sempat ke hospital malam tadi sejurus selepas selesai sesi bacaan Yassin dan doa dianjurkan menerusi aplikasi Zoom Meeting. Bagaimanapun tak dibenarkan bertemu dengannya dan saya berpatah balik ke rumah," katanya.

Arwah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital berkenaan akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi ini.

BACA JUGA Siti Sarah Meninggal Dunia

BERITA BERKAITAN ‘Seolah Beliau Sedang Mengejar, Memberatkan Timbangan Amal Kebaikannya…’ – Nadir Al Nuri

BACA JUGA Siti Sarah ‘Pergi’ Setelah 65 Jam Ditidurkan, Berikut Kronologi Kehamilan Dan Jangkitan Covid-19 Dilaluinya

SUMBER BH Online

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca