Bapa Ashraf Muslim, Faizal Tahir meninggal dunia

Ashraf Muslim & Faizal Tahir
Ashraf Muslim & Faizal Tahir
A
A
A

SELEPAS lapan hari bertarung nyawa akibat Covid-19, bapa kepada pelakon Ashraf Muslim, Muslim Bulat, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), sekitar jam 6.37 pagi Selasa.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun itu meninggalkan tujuh orang anak.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim, 40, berkata, arwah bapanya meninggal dalam keadaan yang baik dan tenang.

“Hari ini hari yang paling sedih. Ayah dah meninggalkan kami dalam keadaan yang baik dan tenang.

“Mungkin itu yang terbaik untuk dia, sebab ALLAH lebih sayangkan ayah daripada kami,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Ashraf yang juga merupakan anak sulung mewakili keluarganya memohon maaf atas segala kesilapan arwah bapanya ketika hayat masih ada.

“Saya sebagai anak yang sulong ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup.

“Kalau ada hutang atau perkara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya.

“Insya-ALLAH sama-sama kita doakan semoga Ayah ditempatkan di tempat yang ‘Special’ di alam barunya bersama mereka mereka yang beriman,” tulisnya.

Sementara itu penyanyi Faizal Tahir juga berdepan berita duka sama apabila bapanya, Dr. Mohd. Tahir Abdul Rahman, 71, meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita duka itu dikongsi adik Faizal, Anas Tahir yang juga merupakan penyampai radio Zayan FM.

“Terima kasih Allah. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih abah. Kami sangat sayangkan kamu,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman Instagramnya hari ini.

Faizal, 42, menerusi Instagramnya pula hanya memuat naik foto berwarna hitam dengan kapsyen tertulis Innalilillahiwainnailaihi rojiun.

Semasa hayatnya, Allahyarham merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) turut aktif bersama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca