Bapa meninggal dunia, Dina Nadzir tidak bersaing di GV9

DINA NADZIR
DINA NADZIR
A
A
A

PENYANYI Dina Nadzir tidak membuat persembahan di minggu keenam program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) selepas bapa tercinta, Mohd. Nadzir Gulam, 64, meninggal dunia pada Ahad.

Pengurus Dina, Mickey menerusi temu bual media memaklumkan Dina sempat pulang ke Johor Bahru dan berada di sisi bapanya di samping ahli keluarga lain sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.10 pagi di sebuah pusat perubatan di sana.

Mickey memaklumkan Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru dan turut mengalami kanser.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Impian Emas, Johor Bahru sebelum solat Asar.

Dina yang sepatutnya mempersembahkan lagu Januari nyanyian asal Glen Fredly pada persaingan minggu keenam, sempat berkongsi melakukan soundcheck sebagai persiapan untuk beraksi di konsert GV9, malam ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca