Bapa Nabil Ahmad meninggal dunia

NABIL AHMAD
NABIL AHMAD
A
A
A

PELAWAK, penyampai radio dan pengacara Gegar Vaganza 9, Nabil Ahmad, baru sahaja kehilangan bapanya, Ahmad Ismail yang meninggal dunia sekitar jam 2 petang di Hospital Serdang, pada Jumaat.

Difahamkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat kompilasi jantung pada usia 71 tahun, setelah seminggu dimasukkan ke hospital.

Pengurusan radio Era mengesahkan berita duka tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram rasminya sebentar tadi.

“Salam takziah buat Nabil dan keluarga di atas pemergian ayahanda tercinta. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allayarham Ahmad Haji Ismail dan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama kalangan orang beriman,” ujarnya.

Jenazah akan dibawa pulang ke Mambau, Negeri Sembilan yang juga merupakan kampung halaman Nabil untuk diuruskan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Garam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca