BAPA kepada penyanyi Noryn Aziz meninggal dunia pada jam 2.30 petang susulan kanser hati tahap empat yang dihidapi.

Bapanya, Haji Abd. Aziz Mohd Dali menghembuskan nafas terakhir pada petang Rabu di rumah keluarga  di Shah Alam, Selangor.

Difahamkan solat jenazah akan diadakan selepas solat Isyak di Surau Rahaiyatul Firdaus, Alam Budiman U10, Shah Alam.

Noryn atau Norazmahwati Abdul Aziz memaklumkan jenazah Allahyarham bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Budiman pada jam 9.00 malam.

Iklan

Salam takziah buat Noryn dan keluarga. Al-Fatihah.

Iklan

Bac juga: Suplemen, Zumba Peneman Setia Noryn Meniti Usia 40 Tahun

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!