Bapa Qi Razali meninggal dunia

QI RAZALI
QI RAZALI
A
A
A

PELAKON dan pengacara Qi Razali berkongsi berita duka, kehilangan bapa tercinta, Muhammed Razali Abdullah yang meninggal dunia pada malam Isnin.

Qi atau nama sebenarnya Qushairi Muhammed Razali, 45, memaklumkan berita tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya hari ini.

“Assalamualaikum. Ayah saya baharu pulang ke Rahmatullah malam tadi. Saya nak minta semua yang mengenali saya dan keluarga saya untuk sedekahkan Al-Fatihah dan doakan yang baik-baik untuk arwah ayah saya, Muhammed Razali bin Abdullah,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, pengacara Kuali Sejoli itu memohon kepada sesiapa yang mengenali arwah bapanya agar memaafkan segala kesalahan Allahyarham ketika hayatanya.

“Jika dia pernah tersalah kata, harap ampunkan, jika ada hutang yang belum langsai harap halalkan. Innallillah wa Innallillah hirojiun. Semoga tenang Papa di sana,” katanya.

Allahyarham yang merupakan seorang penulis dan penggiat kesusasteraan terkenal itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun, meninggalkan seorang isteri, Khatijah dan empat anak.

Selain Qi, seorang lagi anak lelaki Allahyarham turut terlibat dalam bidang seni iaitu Sha’arin Muhammed Razali, seorang pemuzik dan bekas anggota kumpulan Balckrose.

(SUMBER & FOTO: INSTAGRAM QI RAZALI)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca