SPEKULASI hubungan istimewa selebriti Korea iaitu Lee Jae Wook, 26, dan Karina Aespa, 24, akhirnya terjawab apabila mereka disahkan sedang hangat bercinta.

Perkara itu turut tidak dinafikan malah mendapat sokongan daripada agensi naungan aktor tersebut iaitu Cjes Studio.

“Kedua-duanya mula mengenali satu sama lain.

“Lee Jae Wook sedang menjalani penggambaran drama ketika ini.

“Hal ini adalah kisah peribadinya jadi kami tak mahu campur tangan lebih, harap semua faham,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga:Norreen Iman kongsi berita duka ayah meninggal dunia, reda pertemuan pertama & terakhir. ‘Doa depan Kaabah ALLAH makbulkan’

Sementara itu, Agensi Karina, SM Entertainment turut mengesahkan tentang pencintaan mereka.

Pada 27 Februari, menurut laporan portal Dispatch, kedua-dua bintang berkenaan bertemu buat pertama kali di pertunjukan fesyen Prada di Milan pada 14 Januari lalu.

Hubungan percintaan mereka kian hangat apabila dilihat sering menghabiskan waktu bersama di Seoul, Milan, dan Itali.

Baca juga:Kerja keras urus kahwin seorang diri, lelaki yatim piatu pasrah pasangan minta putus 7 hari sebelum nikah

Iklan

Difahamkan, meskipun Karina tinggal di bilik asrama Aespa yang disediakan SM Entertainment, namun mereka berdua sempat meluangkan masa berjumpa.

Bahkan, ada laporan mengatakan kerap kali terlihat kereta Karina berada di kawasan perumahan Lee Jae Wook.

Baca juga:Ramai teka baby girl, Uqasha Senrose tak kisah jantina anak asalkan sihat

Iklan

Sumber : Soompi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!