Bella, Aliff timang anak kedua

Untitled design (15)
Untitled design (15)
A
A
A

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah telah selamat melahirkan anak perempuan di sebuah hospital kira-kira pukul 6.10 pagi tadı.

Bella yang juga isteri kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram miliknya.

“Syukur Alhamdulillah, Bella dah selamat bersalin. Thank you so much kepada yang sentiasa mendoakan Bella. Yayy, it’s our first wefieee.

“Sampai hospital tadi 3.30 pagi, my baby princess keluar jam 6.10 pagi, Alhamdulillah abang dulu sejam setengah adik dua jam setengah,” kongsinya.

Sebelum ini, Bella dan Aliff sudah mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Ayden Adrean yang kini mencecah usia tiga tahun.

Rumah tangga Bella dan Aliff pernah berdepan pelbagai episod kontroversi sehingga kemuncak menyebabkan penceraian mereka pada tahun lalu.

Bagaimanapun pasangan ini mengambil keputusan untuk rujuk dalam tempoh edah sebelum kehamilan kedua Bella dihidu ramai April lalu.

[embed]https://www.instagram.com/p/CCw-WxUj-WO/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca