Belum 2 tahun, Bilal dah kenal huruf Arab & pandai baca surah pendek, Neelofa dedah tak mudah kawal ‘screen time’ anak

“PADA usia setahun 10 bulan, masya-ALLAH, dia boleh kira satu hingga 20, boleh kenal ABC huruf kecil dan besar, al-Fatihah, selawat, alif hingga ya dan surah-surah pendek yang lain.”

Itu perkongsian pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa yang teruja dengan perkembangan positif anak sulungnya, Muhammad Bilal yang kini berusia hampir dua tahun.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, Bilal kini sudah boleh mengenal huruf-huruf Arab dan boleh membaca al-Fatihah selain beberapa surah pendek.

“Sebagai ibu, saya tak tahu nak cakap bangga macam mana entah bila bilal boleh sebut satu-satu huruf hijaiyah (huruf arab),” ujarnya.

Menerusi hantaran di ruangan Instagram Stories, ujar ibu kepada dua anak itu, perkara seperti itu sememangnya tidak mustahil sekiranya para ibu bapa menitikberatkan tentang konten-konten yang ditonton oleh anak-anak sejak usia bayi.

Baca juga Hadiah ALLAH yang menjadi penyejuk mata, Neelofa akhirnya kongsi wajah comel Bilal

 

“Konten-konten memang saya akan kaji dan pilih untuk dia tengok.

“Perkara penting di sini, memang penat mak ayah nak kawal semua benda tapi bab masa di skrin dan konten memang berbaloi untuk dikawal dan rasa penat,” kongsinya.

Dalam pada itu, bekas pengacara program MeleTop itu turut menitipkan doa buat semua anak-anak membesar dalam keadaan yang baik dan diredai ALLAH.

“Semoga anak-anak kita sentiasa dalam jagaan, lindungan dan pengawasan ALLAH SWT,” kongsinya lagi.

Iklan

Baca juga ‘Patut lahir hari ini sama Ummi’, Muhammad Bilal hadiah istimewa Neelofa

Doakan anak waktu tidur, menyusu, Neelofa kongsi doa yang diamalkan

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih mesra disapa PU Riz pada tanggal 27 Mac 2021.

Selain Bilal, kehidupan pasangan ini diserikan dengan seorang lagi putera, Abdullah Abbas yang lahir pada 11 Julai lalu.

Iklan

Sumber: Instagram Neelofa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!