KES saman membabitkan balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali dan adik iparnya, Ali Puteh nampaknya sudah bermula di mahkamah.

Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, kes tersebut sudah pun mula dibahaskan dan dia turut memberi hint kepada netizen.

“Alhamdulillah… Kes pun sudah bermula di mahkamah, saman-menyaman pun dah mula dibahaskan. Pepatah ada mengatakan, sarang tebuan jangan dijolok.

“Hint sikit sajalah pada netizen semua yang banyak memaki hamun saya. Insya-Allah lepas ini anda akan terdiam dan tersipu-sipu malu memikirkan makian anda pada saya.

“ALLAH itu Maha Mendengar, Maha Adil. Buat baik dibalas baik, buat jahat ALLAH yang balas,” tulisnya menerusi Instagram miliknya.

Pelawak berusia 32 tahun itu juga sempat berkongsi pengalamannya memasuki pertama buat pertama kali.

Iklan

“Seronoknya naik mahkamah pertama kali. Gelak dan senyum melihat gelagat masing-masing.

“Jangan dibiar maruah keluarga dipijak-pijak. Demimu wahai abang Abam Bocey, semoga dipermudahkan urusan fitnah ini.

Iklan

“Berani kerana benar!!!” ujarnya.

Ali sebelum ini memaklumkan dia berdepan tindakan saman oleh balu Abam kerana didakwa mengeluarkan beberapa kenyataan berunsur fitnah.