PELAWAK Amir Raja Lawak memberikan inspirasi apabila membeli kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza berkat jualan air jagung Amirreka.

Pemilik nama sebenar Mohammad Amirullah Azmi itu berkongsi foto disamping kenderaan baru di laman sosial Instagram.

“Alhamdulillah, syukur rezeki pembukaan tahun 2023.

“Terima kasih yang support saya beli AirJagung Amirreka HQ dan kongsi rezeki shooting dengan saya. Ini adalah hasil daripada anda yang ikhlas support dan percaya kepada saya,” katanya.

Baca juga: [VIDEO] Buat apa nak malu, jual air tepi jalan, Amir Raja Lawak buka gerai sara hidup

Selain kenderaan tersebut mendapat perhatian, plat dua angka menjadi perhatian ramai. Jelas Amir foto tersebut adalah hasil suntingan. AME12 yang terpapar bukanlah yang sebenar.

“Plat saya empat angka. Saya edit tutup belakang lagi dua angka sebab tak mahu tunjuk nombor penuh,” kongsinya.

Teruja dengan pencapaian, rakan selebriti dan warga maya rata-rata mengucapkan tahniah kepada pelawak berusia 33 tahun itu.

Pada temu ramah SinarPlus dengan sebelum ini, Amir mendedahkan selain jualan terus kepada pelanggan, jualan air jagung itu mempunyai ejen antaranya di Kelantan, Kedah, Pahang dan Terengganu.

Baca juga: Ibu muda gigih cari rezeki hantar makanan jalan kaki, menangis terima hadiah motosikal jentik hati warganet

amir raja lawak

Iklan

amir raja lawak

Mencari rezeki yang halal untuk keluarga, kerajinan Amir menjadi inspirasi. Sebelum ini, beliau mendedahkan pernah terlibat dalam bisnes bundle dan roti bakar.

Iklan

Baca juga: Jadi ratu bila bersama lelaki tepat, wanita kongsi pengalaman pahit kahwin muda 14 tahun, beri anak susu pekat manis

Sumber: amirrajalawak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi