Bintang legenda Bollywood, Rishi Kapoor meninggal dunia

BINTANG legenda Bollywood, Rishi Kapoor dilaporkan meninggal dunia akibat kanser di Hospital HN Reliance, Mumbai, India pada pagi Khamis.
Berita tersebut dikongsi rakan seperjuangannya, pelakon Amitabh Bachan di laman Twitter miliknya beberapa jam lalu.
Rishi, 67, sebelum ini pernah menjalani rawatan di Amerika Syarikat selama hampir setahun sebelum pulang ke India pada September tahun lalu.
Sementara pada Februari, Rishi dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali, berikutan masalah kesihatannya yang dialami.
Bintang terkenal itu memulakan kerjaya lakonan sejak awal 1970-an dan membintangi banyak filem box office Bollywood. Antaranya termasuklah filem Bobby, Rafoo Chakkar, Laila Majnu, Amar Akbar Anthony, Naseeb dan lain-lain.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
