PENYANYI legenda Tina Turner dialaporkan meninggal dunia di kediamannya di Küsnacht dekat Zurich, Switzerland pada Selasa.

Turner atau nama sebenarnya Anna Mae Bullock menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 83 tahun.

Selebriti kelahiran Tennessee, Amerika Syarikat (AS) yang menjadi warganegara Switzerland sejak sedekad lalu sebelum ini dilaporkan menghidap pelbagi jenis penyakit seperti bronkitis, radang paru-paru dan pneumothorax.

Ketika hayatnya, Turner yang popular dengan lagu What’s Love Got To Do With It dan The Best itu pernah berjaya menjual 150 juta album di seluruh dunia dan memenangi 12 anugerah Grammy, selain telah diberi penghormatan di Kennedy Centre pada tahun 2005.

Penghibur legenda itu memulakan karier seninya pada 1960 ketika masih bersekolah dan menyanyi bersama Ike Turner dan kumpulan King of Rhythm. Turner mencapai status kegemilangan pada usia 40-an apabila kekal dalam undian konsert teratas ketika itu.

Iklan

Pun begitu, Turner pernah mencetuskan kontroversi dengan mendedahkan kisah rumah tangganya dengan bekas suami Ike Turner akibat penderaan fizikal dan mental sehingga mengakibatkan muflis, sebelum bangkit semula mencapai kejayaan walaupun sudah meningkat usia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi