Bintang Power Ranger Hijau, Jason David Frank meninggal dunia

JASON DAVID FRANK
JASON DAVID FRANK
A
A
A

PELAKON Jason David Frank yang juga merupakan bintang siri televisyen popular era 1990an, Mighty Morphin Power Rangers meninggal dunia, di Texas, Amerika Syarikat pada Ahad.

Punca sebenar kematian aktor berusia 49 tahun itu masih dalam siasatan, namun dipercayai akibat bunuh diri.

Berita permergian Frank yang popular dengan karakter Power Rangers sut hijau itu bukan sahaja mengejutkan para peminat, tetapi juga rakan-rakan terdekatnya,

Dalam pada itu, wakil beliau, Justine Hunt menerusi Portal TMZ memohon orang ramai agar menghormati privasi keluarga mendiang.

“Mohon hormati privasi keluargadan teman-teman mendiang pada masa sukar ini di mana kami sedang berkabung dengan pemergian beliau.

“Beliau amat disayangi oleh keluarga, teman-teman dan peminatnya. Beliau akan dirindui oleh kami semua," katanya.

Frank membintangi 124 episod siri Power Ranges pada tahun 1993 hingga 1996, selain menjayakan watak Tommy Oliver dalam siri Power Ranger Turbo, Power Rangers Dino Thunder hingga Power Rangers Super Ninja Steel.

Aktor kelahiran California itu juga merupakan pakar mempertahankan diri campuran profesional dan aktif sekitar tahun 2008 hingga 2010.

Merndiang meninggalkan empat anak iaitu Skye Frank, Jacob Frank dan Hunter Frank menerusi perkahwinan terdahulu bersama Shawna, manakala Jenna, hasil perkahwinannya dengan Tammie pada 2003.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca