Brad Pitt bimbang anak-anak berpotensi dijangki Covid-19 kerana Angelina Jolie
PERNAH suatu ketika dahulu pasangan selebriti Brad Pitt dan Angelina Jolis mencetuskan fenomena Brangelina setelah kedua-duanya membintangi filem Mr & Mrs Smith pada tahun 2005.
Segalanya indah di mata pasangan ini sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk berpisah sekitar 2016.
Sorotan daripada perpisahan itu, Pitt, 57, dan Jolie, 45, masing-masing berusaha untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas lima anak mereka, Maddox, 20, Zahara,16, Pax, 17, Shiloh, 15, Vivienne, 13, dan Know, 13.
Menurut laporan Hollywood Life, Pitt dipercayai bimbang tindakan Jolie yang membawa kelima-lima anaknya ke sesi tayangan perdana filem Eternals baru-baru ini akan menyebabkan anak mereka dijangkiti virus Covid-19.
Meskipun individu yang telah divaksi sahaja dibenarkan berada di acara tersebut selain perlu menjalani ujian saringan 48 jam sebelum, namun itu masih belum cukup untuk memuaskan hati Pitt yang bimbang anak-anaknya berpotensi dijangkiti daripada individu lain yang turut berada di lokasi terbabit.
"Pitt sedar Jolie mampu melindungi anak-anaknya, tetapi tetap berasa bimbang jika sebarang perkara buruk berlaku.
"Beliau juga tidak menyalahkan Jolie. Hanya menzahirkan rasa bimbang sebagai seorang bapa," kata sumber.
Sumber turut mengatakan Pitt sentiasa berusaha untuk menghabiskan masa dan menjaga anak mereka bersama Jolie meskipun telah berpisah.
"Ini membuktikan Pitt bukan seorang lelaki tidak berguna dan bersikap lepas tangan dengan membiarkan bekas isteri menjaga anak-anak," tambahnya.
Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang