PEMPENGARUH, Ryan Bakery, kini bergelar bapa selepas isterinya, Elyia Ibrahim selamat melahirkan bayi lelaki di salah sebuah hospital swasta.

Perkongsian berita gembira itu dimuat naik selebriti TikTok itu menerusi hantaran di Instagram miliknya berserta sekeping gambar.

Menerusi kapsyennya, beliau menzahirkan rasa syukur di atas kelahiran cahaya mata sulung itu.

“Alhamdulillah, isteri saya @elyia.ibrahim selamat melahirkan anak lelaki. Terima kasih Ya Allah. Syukur ke hadrat Allah SWT.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan anak saya,” katanya.

Baca juga:11 anak dalami bidang agama, 4 huffaz al-Quran, Dr Nurwanis kongsi doa amalan ibu bapa. Wajar dijadikan contoh!

Dalam pada itu, Ryan turut mendoakan orang ramai diberikan kesejahteraan ke atas doa-doa yang baik kepada keluarga kecilnya.

“Saya mendoakan anda semua dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat,” ujarnya lagi.

Ryan atau nama penuhnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery juga telah memilih nama anak lelakinya iaitu Ryan Ezra.

Baca juga:Selamat jadi ibu bapa. Video pemeriksaan doktor tular, CEO pusat perubatan beri bayangan Uqasha Senrose hamil?

Pada Ogos 2023, Ryan mengumumkan beliau bakal menjadi bapa apabila isterinya disahkan hamil lima bulan.

Pelakon dan penyanyi itu juga mendedahkan isterinya ketika hamil anak sulung mereka mengalami alahan teruk.

Untuk rekod, Ryan dan Elyia berkahwin pada 1 Oktober 2022 selepas lima bulan mengikat tali pertunangan.

Iklan

Baca juga: Aiman my plus one, ketampanan anak sulung Ziana Zain jadi perhatian

Menjengah ke ruangan komen, rakan artis seperti Achey, Shuib Sepahtu, Fynn Jamal dan Ajai turut mengucapkan tahniah atas kehadiran ahli keluarga baru itu.

Malah, warga maya turut berbuat demikian. Berikut SinarPlus kongsikan beberapa komen:

‘Habislah berebut bedak dengan anak lepas ni.’

Iklan

‘Alhamdulillah tahniah, brother. Iinsya-ALLAH anak kita sama umur nanti,” kata Multazamnasir.

‘Tahniah Ryan!! Lepas ni boleh start buat content bapa bapa pula.’

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!