“Kopi menyatukan saya dan Scha,”. Demikian pendedahan pengacara Awal Ashari bagaimana kopi begitu memberi nilai sentimental buat dirinya dan isteri tercinta, Scha AlYahya.

Kisah romantis itu akhirnya mencetuskan ilham untuk membuka sebuah kedai kopi sendiri dan kini impian itu menjadi kenyataan apabila The Great Coffee Club miliknya membuka cawangan pertama di Menara U, Seksyen 13, Shah Alam pada Rabu lalu.

Gelagat Awal menyediakan kopi untuk pelanggan yang datang ketika pembukaan The Great Coffee Club baru-baru ini.

Awal, 42, meluahkan rasa syukur apabila segala perancangannya berjalan lancar dan kini dan dalam masa sama teruja dengan pelanvaran kedai kopi tersebut.

“Saya dan Scha memang penggemar kopi. Kalau nak throwback kisah cinta saya bersama Scha dulu pun, kami selalu dating di sebuah kedai kopi di Bangsar. Jadi boleh dikatakan kopi ini menyatukan saya dan Scha kerana kami berdua berkongsi air minuman yang sama.

“Setiap kali kami melancong ke luar negara, perkara pertama yang kami akan kunjungi adalah kedai kopi kerana nak rasa kelainan di setiap lokasi.

“Hari ini saya sangat terharu kerana impian yang dah lama saya tunggu akhirnya menjadi kenyataan dan segala proses berjalan dengan pantas,” katanya.

Podcast

Mengulas tentang pemilihan Shah Alam sebagai lokasi pertama kedai kopi miliknya itu, Awal berkata, ia menepati target pasaran dan kedudukannya yang strategik.

Awal ketika majlis perasmian The Great Coffee Club yang terletak di Menara U, Seksyen 13, Shah Alam.

“Saya memilih Shah Alam sebagai permulaan kerana lokasinya yang dekat dengan beberapa buah universiti selain menepati target pasaran.

“Kalau kita lihat tidak banyak kafe atau kedai kopi yang seumpama dengan kedai saya. Malah kedai kopi ini juga boleh menjadi lokasi untuk pelajar universiti healing atau bersantai.

Iklan

“Atas sebab itulah rekaan kedai kopi ini sangat dekat dengan jiwa muda selain semua orang boleh datang menikmatinya,” kata bapa kepada dua anak itu lagi.

Awal turut merancang pelbagai aktiviti menarik di kedai kopi miliknya.

Tidak hanya itu, Awal turut berkongsi tentang perancangannya untuk menjadikan kedai kopi tersebut sebagai lokasi program poscast kendaliannya, The Great Coffee Talk.

“Insya-ALLAH perancangannya selepas Aidilfitri ini. Saya nak buat podcast yang akan disiarkan di platform YouTube dan media sosial.

Iklan

“Mengikut perancangan awal saya nak jemput individu yang dapat memberikan inspirasi setiap minggu untuk berkongsi kisah hidup dan kejayaan mereka,” katanya mengakhiri perbualan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.