CIK PUAN SYAMIM yang sudah beberapa tahun mendirikan rumah tangga bersama kerabat Diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari berkata, beliau tidak menolak sekiranya rezekinya untuk memperoleh anak adalah menerusi usaha kaedah In-Vitro Fertilization (IVF).

Berdasarkan rekod, beliau sudah lima tahun mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hati dan mengerti sepenuhnya tidak dirinya.

Ketika diwawancara, nada bicara bintang drama bersiri Hati Yang Dikhianati yang sedang hangat ditayangkan itu kedengaran sayu seketika tatkala bercerita tentang zuriat.

Beliau menghela nafasnya tatkala bercerita soal cahaya mata. Syamim secara eksplisit berkata, beliau sedikit sensitif dan hatinya tergores dengan pertanyaan demi pertanyaan, namun semakin reda kini.

Ya, siapa yang kahwin tak nak anak, bukan? Orang selalu tanya, saya cakap bila ALLAH SWT izinkan. Terus terang saya katakan, saya gembira melihat kawan-kawan yang kahwin pada tahun sama, sudah ada anak dan yang kahwin lewat daripada saya pun sudah menimang zuriat.

“ALLAH telah berikan saya banyak benda, namun ini yang satu (anak) belum lagi. Kita lihat bagaimana Siti Nurhaliza pun tunggu lama, namun lihat beliau kini. Kita tak tahu rezeki masing-masing,“ katanya yang melontarkan kata-kata yang begitu konstruktif.

Berbicara dengan wanita yang penuh energi positif itu membuatkan saya terbuka bertanya tentang kaedah In-Vitro Fertilization (IVF) dan Syamim memberi reaksi balas.

Saya melihat juga ke arah itu, mengapa tidak, saya boleh cuba, namun saya kena rehat betul-betul. Seperti yang saya selalu sebut, semuanya bergantung kepada rezeki kurniaan-NYA,“ katanya.

Jadi, jika orang di luar sana menganggap diet tidak makan nasi yang dilakukan Syamim menjadi puncanya, sebaik-baiknya tariklah semula kenyataan itu.

 

Justeru kata selebriti itu, untuk menyahkan kerengsaan perasaan, seboleh-bolehnya beliau akan menyibukkan dirinya.

Itu sebab saya kerja dan kerja. Saya juga belajar bahasa baharu (Korea), saya lakukan sesuatu untuk diri saya.

“Bila dah ada anak, komitmen akan lebih terarah kepada anak. Sekali saya percaya, kalau ALLAH nak bagi, DIA akan bagi,” kata selebriti berilmu itu.

 

Pelajari Bahasa Korea

Kehidupan wanita itu memang sarat dengan hal-hal yang tidak sia-sia.

Iklan

Kepada SinarPlus, Syamim memberitahu, beliau sedang bergiat aktif mempelajari bahasa Korea.

Melalui Instagramnya, anak ketiga daripada empat beradik itu ada memuat naik beberapa video dirinya bertutur Bahasa Korea dengan jayanya.

Sebenarnya saya seorang yang akan mencatatkan apa misi yang saya mahu capai setiap tahun. Pada tahun lepas, semasa Perintah Kawalan Pergerakan lalu, tiada apa yang dapat dilakukan.

“Justeru, saya fikir daripada tak buat apa, saya terus putuskan untuk belajar Bahasa Korea,“ katanya yang lantas melantik seorang tenaga pengajar dari Korea.

Menariknya lagi, beliau yang meminati pelakon kacak Korea, Lee Min Ho turut mengajak suami tercinta, Tengku Ezrique untuk sama-sama masuk kelas.

Iklan

Saya pujuk suami kerana untuk belajar bahasa asing sebab kita kena ada kawan untuk bercakap. Jadinya, pada setiap hari Isnin, kami jadikan ia sebagai hari berbahasa Korea. Alhamdulillah, saya sudah dalam kelas lanjutan dan cikgu saya memuji prestasi saya, katanya saya daebak (bagus),“ katanya sambil tertawa manja.

Ungkap Syamim, inisiatifnya itu bermatlamat. Mana tahu suatu hari nanti dirinya dapat mengembangkan sayap ke Korea sebagai hos atau pelakon kelak. Kita sama-sama doakan Syamim yang sangat merendah diri ini.

Busana: Azura Couture by Azura Mazaruddin (@azuracouture),
Wan & Mary (@wan_and_mary) & Syamim Farid (@syamimfarid.official)
Mekap: Ayang Kamell (@ayangkamell)