Comel sama labuh pipinya, aksi Siti Nurhaliza dan Afwa tidur dalam kereta cuit hati ramai

PENYANYI tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin hari ini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video di media sosial miliknya.

Menerusi posting di Instagramnya, ibu kepada dua anak itu berkongsi momen yang memaparkan dia dan anak lelaki kesayangannya, Muhammad Afwa sedang asyik tidur di dalam kereta.

Apa yang membuatkan terserlah kecomelan adalah aksi tersebut dirakam oleh suami Siti sendiri iaitu Datuk Seri Khalid.

Baca juga Biaya kanak-kanak bedah jantung 11 tahun lalu, kebaikan Siti Nurhaliza jadi inspirasi, kebajikan senyap-senyap rahsia rezeki berkat

“Bila ayah duduk depan… inilah hasilnya… tapi ayah kata cute dua beranak ni… sama labuh pipinya,” tulisnya.

Sungguh comel wajah keduanya yang saling tak tumpah. Dengan pipinya yang sama labuh, perkongsian itu membuatkan ramai tersenyum melihat aksi mereka.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji keduanya berwajah sama yang sangat cute.

Ujar mereka;

“Eeee geramnya pipi pao masing-masing hahahha Afwa ikut pipi ibunya Siti Nurhaliza.”

“Buat pertama kali kita dapat melihat our legend singer Siti Nurhaliza tidur rupa macam mana. Tidur pon cantik ni.”

Iklan

Baca juga Tak boleh asap rokok, paru-paru dijangkiti efek suara, Siti Nurhaliza jawab dakwaan suara berubah

“Comeynya simpan jadi kenangan suatu hari kelak bila Afwa dah besar.”

“Tidur pun comel jer dua beranak ni.”

Iklan

“Ok ini paling epic, tak tahu nak picit pipi sapa.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!