Datuk Nash, Iwan Syahman, Shahir & Mark Adam mara ke pentas akhir Hijrahkan Laguku

Untitled design (21)
Untitled design (21)
A
A
A

SETELAH tujuh minggu bertanding, Datuk Nash, Iwan Syahman, Shahir Zawawi dan Mark Adam layak ke peringkat akhir program Hijrahkan Laguku pada 8 Januari ini.

Pada pentas separuh akhir yang bertemakan Enta Pilih Ana Nyanyi itu, Zaf VE dan PG akur apabila perjuangan mereka terhenti apabila hos Faizal Ismail dan Bell Ngasri memaklumkan mereka tersingkir.

Sementara itu, Shahir yang menyanyikan lagu Salam Terakhir dendangan asal Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad mengungguli tangga pertama dengan 73 peratus markah.

Shahir juga turut dipilih sebagai penerima anugerah Bintang Qudwah atas sikap baik yang ditunjukkan sepanjang program itu berlangsung.

Anugerah itu melayakkan Shahir menerima hadiah beruba wang tunai RM3,000, yang diwakafkan kepada badan kebajikan.

Persembahan keenam bintang diadili juri tetap, komposer Fauzi Marzuki dan Ustaz Zul Ramli bersama juri jemputan, Isman Hijaz.

Dalam pada itu, ketiadaan Mark Adam disebabkan masih dalam tempoh kuarantin digantikan dengan ahli kumpulan VE, Adeep Nahar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca