Datuk Rizalman Ibrahim dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Untitled design (3)
Untitled design (3)
A
A
A

PEREKA fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh UiTm menerusi Facebook rasminya petang tadi.

[embed]https://www.facebook.com/uitmrasmi/posts/1291013974581717[/embed]

 

Sementara itu, Rizalman menerusi akaun Instagramnya berjanji akan terus berkhidmat selagi diperlukan.

Kau Ilham Ku

Yang terikat itu baldi

Yang dalam itu telaga

Yang manis itu budi

Yang ilmu itu harta

"Saya berjanji selagi hayat terkandung sebagai seorang rakyat Malaysia, sebagai bangsa Melayu, sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT, saya pasti berkhidmat selagi diperlukan bakat dan kederat,” tulisnya.

Sebelum ini, usahawan muda Vivy Yusof yang juga Pengasas FashionValet dan dUCK Group pernah dilantik jawatan sama pada 26 Mei 2019.

Bagaimanapun, pada 28 September lalu, UiTM telah membuat pengumuman mengenai penamatan kontrak Vivy sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca