PELAKON Diana Danielle, 32, dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid Kamil pada awal bulan ini.

Memetik laporan sebuah portal berita, heroin filem Imaginur itu membuat permohonan tersebut atas alasan tiada lagi persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbabalahan berpanjangan. Malah mereka juga kini dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung.

Sebutan permohonan cerai tersebut telah di buat di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling di Subang Bestari pada pagi Isnin. Bagaimanapun, Farid, 42, enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Berikutan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan tersebut menjalani proses Jawatankuasa Pendamai dan kes akan disebut semula pada 28 Mac ini.

Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.