“Sejujurnya saya malas nak komen isu ini, bukan apa, nanti ia akan jadi meleret dan berpanjangan serta membuatkan orang salah faham,” itu ulas pelakon Aman Graseka yang didakwa mengabaikan anak hasil perkahwinannya dengan Mas Idayu iaitu Nur Dayini, 22 tahun.

Menurut Aman, 52, sejak isu anaknya meluahkan perasaan di Instagram, dia lebih selesa mengambil pendekatan mendiamkan diri kerana enggan mengeruhkan keadaan.

Bahkan dia tidak mahu dituduh membela isterinya kini iaitu Nurul Amrina Zamri atau lebih dikenali sebagai Reena Areena sekiranya memberi kenyataan.

“Apa yang boleh saya katakan, kalau mereka rasa betul apa yang diperkatakan itu terpulanglah.

“Saya diam bukan bererti saya salah atau saya takut,” ujarnya kepada SinarPlus.

Ditanya dakwaan menyekat anaknya di aplikasi WhatsApp, Aman berkata, dia tidak pernah berbuat demikian.

Hakikatnya telefonnya mengalami kerosakan dan semua urusan atau panggilan adalah menerusi telefon isterinya.

“Akibat daripada kerosakan itu, saya tidak boleh membaca mesej atau menerima panggilan. Jadi jika sesiapa nak mencari atau menghubungi saya, memang melalui Reena.

“Bagaimanapun dia (Dayini) tidak pernah cuba menghubungi Reena.

“Tapi saya tahu, bila saya bagi jawapan macam ini pun akan ada yang pertikaikan nanti. Namun ALLAH SWT lebih Maha Mengetahui,” katanya.

AMAN
Aman Graseka mendirikan rumah tangga dengan Reena pada Disember 2018, setelah 13 tahun menduda dan dikurniakan anak lelaki, Aishymir Mateen Shah yang kini berusia setahun.

Tambah Aman, dia berasa kasihan dengan isterinya yang menjadi mangsa tohmahan dan kutukan netizen apabila isu seperti ini berbangkit.

“Saya kesiankan Reena sebab semua bantai dia. Orang di luar saya juga perlu ingat, saya telah bergelar duda sejak 13 tahun lalu dan Reena tak pernah rampas saya daripada sesiapa pun

Iklan

“Atas sebab itu saya lebih selesa ambil pendekatan tutup mulut kerana saya tak mahu mengeruhkan keadaan,” ujarnya.

Semalam, menerusi laporan mStar Online, penyanyi Mas Idayu dan Dayini meluahkan kekesalan mereka apabila tidak dapat mengubungi Aman sejak Februari lalu.

Malah mereka juga mendakwa, Aman telah menyekat nombor Dayini di WhatsApp sebaik mereka pulang dari mengerjakan umrah pada Februari lalu.

Dayini - Aman
Dayini pernah meluahkan kekecewan kerana tidak dapat menghubungi bapanya pada Februari lalu (Foto Instagram Dayini).

Tegas Mas Idayu, anaknya itu bukan mahu berjumpa kerana wang tetapi hanya mahu bertemu dengan bapa kandungnya itu.

Iklan

Aman dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada thun 1997, namun bercerai pada tahun 2006.

Aman kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan model, Reena pada 2018 dan dikurniakan anak lelaki, Aishymir Mateen Shah, setahun.