PENGACARA terkenal, Jihan Muse tampil membuat penjelasan menerusi Instagramnya selepas didakwa menjadi kontak rapat kepada bintang serba boleh, Alif Satar, Jumaat lalu.

Bagaimanapun ujar Jihan, program Xtravaganza With Xpander yang disiarkan menerusi platform media sosial Jumaat lalu telah menjalani rakaman dua minggu lebih awal.

“Kepada yang bertanya, saya akan buat penjelasan mengenai Alif Satar. Dengan keadaan Alif sekarang dan kebetulan program Mitsubishi Xpander yang tayang Jumaat lalu, program itu merupakan rakaman yang telah dirakam dua minggu lepas.

“Sebaik mengetahui, saya sudah menghubungi pengurus Alif dan pihak berkenaan, saya difahamkan bukan dalam lingkungan waktu dikaitkan,” jelasnya.

Tambah Jihan, dia akan tetap menjalankan ujian Covid-19 esok dan mendoakan rakannya itu cepat sembuh.

Iklan

“Kita doakan Alif dan semua cepat sihat. Walau macam mana pun saya akan jalankan tanggungjawab dengan membuat ujian saringan.

“Malam ini kerja (mengacarakan program Gegar Vaganza 7) diteruskan. Saya akan jaga SOP (prosedur operasi standard) semaksimum mungkin.

Iklan

“Orang disekeliling saya pun memakai penutup muka dan sarung tangan. Doa yang baik-baik, semoga semua berjalan lancar,” ujarnya.