PELAKON serba boleh, Jasmin Hamid dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) setelah mengalami serangan jantung semalam.

Perkara itu dikongsi oleh suaminya, Nazmir Abd Rahi menerusi perkongsian di Instagram milik aktres tersebut.

“Assalamualaikum semua. Saya suami kepada Jasmin mahu berkongsi keadaan terkini isteri saya. Sekarang dia berada di wad CCU, bukan ICU (unit jagaan rapi) kerana serangan jantung buat pertama kali semalam.

“Keluarganya mempunyai sejarah serangan jantung. Tekanan darah dan degupan jantungnya juga agak rendah,” tulis Nazmir.

Selain itu, Nazmir memohon kepada orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan isterinya.

“Kepada yang sayangkan Jasmin, mohon panjatkan doa untuk ALLAH SWT panjangkan usianya dan diberikan kesembuhan seperti sediakala secepat mungkin. Terima kasih,” coretnya.

Baca juga Seiras Siti Sarah, wanita ini buat Uwais toleh melihat berkali-kali

Dikejarkan ke hospital, Jasmin Hamid kena serangan jantung

Dalam hantaran sama, Nazmir turut memaklumkan bahawa doktor terpaksa memberikan bantuan ubat kepada pelakon senior itu bagi membantu melancarkan pengaliran darah ke jantung.

“Tekanan darah dan degupan jantung agak rendah dan doktor terpaksa berikan bantuan ubat untuk pam darah ke jantung.

Menjengah ruangan komen, peminat dan rakan-rakan artis turut terkejut dengan berita tersebut dan mendoakan agar pelakon berusia 46 tahun itu diberikan kesembuhan.

“Ya Rabb… berikan kesembuhan dengan segera buat Jasmin dan kembali sihat walafiat dipanjangkan umur dalam rahmatMu.”

Iklan

“Semoga ALALH SWT memberikan kesembuhan buat mama Jasmin Hamid. Dia merupakan seorang wanita kuat yang saya kenali.”

“Semoga cepat sembuh da dipermudahkan segala urusan.”

“Ya ALLAH, Tuhan seluruh manusia, hilangkan semua sakit ini, berilah kesembuhan, hanya Engkau yang mampu memberi kesembuhan.”

“Insya-ALLAH. ALLAH sayang.. Semoga Jasmin dalam lindunganNya dan kembali sehat. Sama-sama kita mendoakan.. Jasmin insan yang baik budi, baik hatinya.”

Iklan

Jasmin dan Nazmir mendirikan rumah tangga pada 19 November tahun lalu dalam sebuah majlis pernikahan tertutup.

Semoga pelakon 7 Hari Mencintaiku itu dipermudahkan urusan dan kembali sihat seperti sedia kala.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI