Dimasukkan ke hospital kerana apendiks, Jimin positif Covid-19
ANGGOTA kumpulan terkenal, BTS iaitu Jimin disahkan positif Covid-19 sebelum menjalani pembedahan membuang apendiks pada Isnin.
Jimin atau nama penuhnya Park Ji-Min telah dikejarkan ke hospital pada Ahad selepas mengadu mengalami kesakitan pada abdomen dan sakit tekak.
Menurut syarikat pengurusannya, Big Hit Music, pemeriksaan lanjut yang dilakukan menunjukkan Jimin menghidap apendiks dan perlu menjalani pembedahan.
Namun ujian awal Covid-19 yang dilakukan terhadap selebriti berusia 26 tahun itu didapati positif.
“Bagaimanapun pembedahan telah selamat dilakukan pada Isnin dan Jimin kini dalam proses sembuh.
“Dia akan dirawat di hospital untuk beberapa hari lagi dan turut menerima rawatan untuk Covid," ujar wakil syarikat itu dalam satu kenyataan.
Difahamkan, Jimin turut mengalami gejala demam beberapa hari sebelum menerima rawatan di hospital.
Jimin merupakan anggota BTS keempat yang dijangkiti virus berkenaan selepas RM, Jin dan Suga yang disahkan positif Covid -19 pada Disember lalu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang