TV AlHijrah membuka tirai 2022 dengan menyiarkan sebuah drama bersiri 13 episod di Slot Qalbu, Sepi Itu Pasti.

Naskhah terbitan Global Holding Sdn Bhd itu disiarkan setiap hari Isnin dan Selasa jam 6 petang, membariskan pelakon Dini Schatzmann sebagai Zack dan turut dibantu Husna Mustaffa sebagai Nadia serta Syafiq Sahli (Fendi).

Drama mengisahkan Zack yang berperang dengan suara hatinya tatkala dia berusaha merubah diri menjadi manusia yang lebih baik. Dia merasakan masyarakat sekeliling membenci dan tidak boleh menerima perubahan dirinya.

Berbeza pula dengan Fendi, seorang pemuda yang amat disenangi oleh masyarakat setempat. Di mata semua, Fendi memiliki akhlak yang cukup baik dan sempurna imannya. Namun semuanya berubah apabila Fendi cuba dijodohkan dengan seorang gadis bernama Nadia. Tanpa siapa sedari, Zack turut menaruh perasaan kepada Nadia.

Zack memulakan misi untuk masyarakat yang memerlukan bantuan untuk mengubat hati sendiri. Pada suatu hari, Nadia ditimpa kemalangan dalam satu kes ragut. Peristiwa itu menimbulkan rasa simpati dan membuatkan Zack semakin ingin mendekati Nadia.

Iklan

Keakraban mereka mengundang cemburu Fendi. Demi memastikan Nadia tidak dimiliki Zack, Fendi telah melakukan suatu perkara yang telah memeranjatkan semua pihak.

Adakah tindakan terburu-buru Fendi itu membuatkan Nadia setuju untuk menjadi isterinya? Bagaimana Zack memujuk hati agar tidak lagi mengharapakan kasih Nadia? Mampukan Zack meneruskan kerja-kerja kebaikannya selepas ini?

Iklan

Jangan lupa untuk terus bersama drama Sepi Itu Indah di TV AlHijrah.