PELAKON Kamal Adli menjadi mangsa serangan seorang lelaki di Singapore Expo kini ditidurkan. Serangan bertubi-tubi menggunakan cota besi hingga mengakibatkan kecederaan parah.

“Doakan suami saya Kamal. Kami baru habis event di Singapura telah di serang cota berkali-kali pada kepala, muka, bawah mata dan badan.

“Sekarang Kamal di hospital di Singapura. Major operation kerana ada lubang, bocor dan koyakan di belakang kepala. ALLAHU. Doa kan suami saya @kamaladli,” kongsi Uqasha.

Uqasha Senrose turut berkongsi di laman sosial Instagram memaklumkan suaminya itu ditidurkan untuk menjalami pembedahan susulan terdapat koyakan yang sangat dalam di dalam kepala.

Baca juga: Sasaran baharu Kamal Adli

Menerusi hantaran di Insta Story Uqasha, kelihatan pendarahan yang banyak hingga membasahi baju dipakai juara pencarian Hero Remaja edisi 2007/2008 itu.

Roslan Shah yang turut berada di sana telah menemani Uqasha ke hospital. Difahamkan penjenayah berkenaan telah pun ditangkap pihak berkuasa.

Lebih memilukan, menerusi video dikongsikan Kamal masih sedar sebelum berasa sakit dan dipengsankan.

“Kuatnya suami saya, dia boleh senyum dan tunjuk tak sakit,” kongsi Uqasha.

Uqasha yang turut berada di samping Adli ketika kejadian mengakui trauma dan memberikan penjelasan tentang kejadian. Malah beliau turut mendedahkan satu hantaran di WhatsApp yang mendedahkan suaminya diugut bunuh.

“Rupanya orang ni dah lama aim Kamal,” kongsi Uqasha.

 

“Suami saya dipukul orang Singapura. Memang warga Singapura, saya sendiri tengok IC dia. Tapi saya tak cakap semua orang Singapura jahat or whatsoever.

“Lelaki yang libas suami saya pakai cota besi itu siuman. Kalau tak ada yang elok, baik jangan cakap apa-apa. Suami saya berdarah-darah depan mata. Aku isteri aku trauma menggigil. Jangan komen benda bodoh,” kongsi Uqasha menerusi Insta Story.

Baca juga: Kerap digandingkan bersama, Kamal Adli mahu beri peluang Uqasha dengan hero lain

Pelakon Tya Ariffin yang turut berada di booth berhampiran menggigil dan ketakutan. Malah selepas kejadian kelihatan Tya bergegas memenangkan Uqasha.

“Ya ALLAH, sungguh niat kami semua hanya mencari rezeki. Tapi apa daya ketika dugaan datang. Uqasha sabar ok.

“Pertama kali dalam hidup Tya tengok langsung pun rasa gigil kaki, Keluar masuk tunggu ambulans polis datang. Lagi-lagi Uqasha mesti  hancur perasaanya tengok suami sendiri.

“Tolong semua doakan Kamal sekarang. Kamal dan Uqasha orang baik, hardworker. Kalau dekat booth mesti ada dari buka sampai tutup ada. Ramah dengan semua orang. Berikanlah kesembuhan Ya ALLAH,” titip Tya yang dimuat naik semula oleh Uqasha.

Iklan

Baca juga: ‘Mungkin bukan rezeki lagi.’Uqasha sebak kongsi diuji 2 kali keguguran, 6 info wanita perlu tahu

Warga maya mendoakan kesembuhan agar Kamal Adli dan keselamatan mereka.

– “Menggigil sangat dengar berita ni, bangun sahur nak makan pun tak selera. Moga Kamal Adli dalam keadaan baik-baik je.”

– “Ya ALLAH terkaku saya Moga Allah beri kekuatan dan kesembuhan.”

– “Stay  strong Uqasha. Ya ALLAH kejam betul pelaku! Mujur dah kena tangkap.”

– “Tiba masanya artis Malaysia menggunakan khidmat bodyguard macam artis luar negara. Sebab kita pun takkan jangka benda macam ni akan berlaku. Moga cepat sembuh”

Iklan

– “Syafakallah buat Kamal Adli semoga ALLAH SWT menyembuhkan.”

Uqasha dan Kamal berkahwin pada 5 November 2021 selepas tujuh bulan mengikat tali pertunangan.

Baca juga: Kamal, Uqasha sah bergelar suami isteri sejak sebulan lalu

Sumber: Instagram uqashasenrose2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi