Doakan saya sentiasa beristiqomah – Mawar Rashid

Mawar Rashid
Mawar Rashid
A
A
A

MENGAMBIL keberkatan sempena tahun baharu Hijrah, pelakon Mawar Rashid mengumumkan tentang penghijrahan dirinya yang telah pun berhijab.

Menerusi pengkongsian di laman Instagramnya, Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 25, memaklumkan fasa baharu hidupnya itu dimulakan pada Jumaat, 2 Muharam.

“Muharram 2, 1442. Berkat hari Jumaat, penghijrahan Mawar telah pun bermula.

“Doakan Mawar sentiasa beristiqomah untuk sentiasa mendapat keredhaan ALLAH SWT. Aamiin,” tulisnya pada foto terbaharunya yang manis bertudung.

Perkongsian pelakon drama Suamiku Paling Sweet itu mendapat reaksi positif rakan-rakan dan para pengikutnya di laman Instagram.

Malah masing-masing tidak mahu ketinggalan memberikan kata-kata semangat dan menitipkan doa agar pelakon kelahiran Kelantan itu terus Istiqamah.

Terdahulu sepanjang Ramadan lalu, Mawar secara perlahan-lahan membiasakan dirinya dengan mengenakan tudung dan mengharapkan orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya.

 

(FOTO: Instagram Mawar Rashid)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca