“Doakan urusan kami dipermudahkan” – Zulin pertama kali mengerjakan umrah bersama suami

ZULIN AZIZ
ZULIN AZIZ
A
A
A

PELAKON dan pelawak, Zulin Aziz selamat berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah pada Ahad.

Istimewanya, umrah kali ketiga Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, kali ini turut ditemani suami tercinta, Farhan Norzaini.

“Saya dan suami akan berangkat ke tanah suci menunaikan umrah dan menjalani ibadah puasa di sana.

“Doakan urusan kami dipermudahkan dan selamat perjalanan pergi dan balik kami.

Semoga mendapat umrah yang mabrur. Insya-ALLAH,” kongsinya di laman Instagram.

Dalam hantaran, pelakon drama Penjara Janji itu menyatakan kesudiannya untuk membantu membacakan doa-doa yang dikirimkan kenalan dan para pengikutnya di media sosial yang jika ada yang ingin berbuat demikian.

“Jika ada yang nak titipkan doa tulis di ruangan komen. Insya-ALLAH jika ada kelapangan saya bacakan doa-doa anda,” katanya.

Zulin ke Tanah Suci bersama rombongan Syabibah Travel And Tours yang turut membawa beberapa selebriti lain seperti Saharul Redzwan, Bell Ngasri dan Faizal Ismail mengerjakan umrah sepanjang Ramadan ini.

Terdahulu, Zulin menganggap tawaran mengerjakan umrah menerusi program Umrah Syabibah Travel And Tours Bersama Selebriti itu sebagai hadiah istimewa sempena perkahwinannya pada Februari lalu.

“Alhamdulillah di sebalik kesibukan dengan aktiviti seni dan perniagaan, saya dipelawa menyertai program ini untuk bersama-sama mengajak orang ramai mengerjakan umrah pada bulan Ramadan.

“Saya anggap ia sebagai hadiah perkahwinan kami berdua dan akan dikenang sampai bila-bila,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca