Duit dedah kehidupan sebenar Stacy

Untitled design (50)
Untitled design (50)
A
A
A

SELAMA 14 tahun bergelar anak seni, satu tempoh yang cukup mematangkan dirinya. Setiap lagu yang dilancarkan punya kisah berbeza.

Tiada lagi istilah mahu bereksperimen, sebaliknya, Stacy, 32, atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam ingin terus membuktikan kemampuan yang ada.

Apatah lagi sejak membabitkan diri dalam bidang penciptaan dan penulisan lirik, kebanyakan bait lirik lagu itu cukup dekat dengan kehidupannya.

Begitu juga dengan karya terbaharu, Duit, lagu yang bakal menceritakan siapa sebenarnya Stacy.Single itu dicipta Stacy (Bunga Cantik) bersama Akim Ahmad (Hang Nadim) dan Koh sebagai komposer.

“Lirik lagu ini ditulis oleh saya. Siapa kenal dan mengikuti latar belakang hidup dan perwatakan saya, ia memang berkaitan dengan lirik lagu ini. “Walaupun sudah hampir 14 tahun bergelar penyanyi, saya berasakan lagu ini adalah permulaan untuk memperkenalkan kehidupan dan siapa Stacy kepada orang ramai.

“Kalau dulu lagu Aku Stacy lebih pada karakter yang saya dapat sampaikan, tapi dari segi diri sendiri ia berbeza kerana lagu itu orang lain yang tulis lirik.

“Dalam lirik ini menceritakan antara pesanan yang selalu saya dengar semasa kecil lagi. Bekalan ilmu dan semangat dalam menempuh kehidupan lebih kepada ajaran daripada orang tua.

“Dalam masa sama, duit ini boleh tukar mata seseorang daripada tak suka kepada suka. Daripada duit juga terhasilnya cerita, asal saja kita tahu apa di sebalik cara mendapatkan duit.

“Apa yang boleh dikatakan, saya lebih menjiwai lagu ini sebab bercerita mengenai pengalaman dan diri sendiri,” katanya.

Semangat daripada Cinta

Sementara itu, mengulas mengenai kejayaan lagu ciptaannya bersama Akim iaitu Cinta nyanyian Marsha yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL 36), Stacy berkata, ia memberikan semangat buatnya melancarkan lagu Duit itu.

“Lagu ini sudah siap dari September tahun lalu. Cuma ditangguh dan keluarkan lagu orang lain dulu.

“Kejayaan lagu Cinta ke AJL36 secara tidak langsung membakar semangat kami untuk tampil dengan produk baharu.

“Setiap kali keluarkan lagu, kami tidak pernah jangka sejauh mana ia boleh pergi. Cuma keyakinan itu tetap ada. Susah nak cakap kalau soal rezeki.

“Apabila lagu Cinta ke AJL, ia memberi lebih semangat, sebab tiada siapa boleh ramal lagu mana yang bagus” ujarnya menutup perbualan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca