Lebih 200 judul drama cina pelbagai genre bakal temui penonton di iQIYI

A
A
A

DRAMA Asia semakin kini semakin popular dan diminati, terutamanya dalam kalangan golongan milenial dan Gen Z.

Walaupun drama Korea paling mendapat perhatian, namun sejak akhir-akhir ini populariti drama Cina juga semakin meningkat naik dengan genre yang pelbagai, pelakon terbaik dan plot cerita menarik.

Dalam perkembangan terbaru, peneraju perkhidmatan hiburan inovatif, iQIYI mengumumkan senarai kandungan yang terdiri daripada lebih 200 judul drama Cina dijadual dilancarkan dalam tempoh dua tahun akan datang.

Judul tersebut merangkumi pelbagai genre dan plot cerita yang tidak kurang hebatnya dengan seleksi drama popular dari Korea.

Sejarah (kostum epik)

Jika drama Korea berjudul Six Flying Dragons dan Mr. Sunshine meninjau tema politik dan patriot khusus untuk membawa era baharu ke negara mereka, penonton juga boleh menikmati genre sama menerusi siri Nirvana in Fire dan Chinese Paladin.

Nirvana in Fire merupakan salah satu drama berkostum yang mendapat penarafan tertinggi dan francais paling popular dalam sejarah drama Cina akan dilancarkan tidak lama lagi menerusi siri ketiganya, Nirvana in Fire 3.

Sementara itu, Chinese Paladin yang menjadi permainan klasik IP dan francais keempat amat dinanti-nantikan oleh jutaan peminatnya akan tampil dengan siri keempat.

Cinta dan inspirasi remaja

Drama The Heart of Genius menampilkan inspirasi tentang kisah mengejar kebenaran dan cinta antara tiga watak utama.

Bagi mereka yang mahukan kisah perjuangan dan kejayaan usahawan muda yang berusaha untuk berjaya pula boleh mengikuti filem Rising With The Wind.

Penyiasatan & perisikan

Peminat cerita detektif yang gemar menikmati keseronokan dan kelainan plot pula boleh mengikuti drama Chasing the Undercurrent.

Tidak ketinggalan kisah pengintip dalam Spy Game yang bakal memberikan kejutan dan keterujaan kepada penonton dengan paparan kisah yang menghiburkan.

Fantasi

Drama Cina yang terkenal dengan genre ini selalunya membabitkan kisah berorientasikan wuxia (pengembaraan berpedang) terutamanya apabila terdapatnya watak ghaib.

Berbeza dengan Fox Spirit Matchmaker 1, drama ini memaparkan kisah cinta antara manusia dan semangat rubah, selain cabaran yang dihadapi kerana identiti mereka.

Love You Seven Times pula merupakan drama fantasi wuxia yang memfokuskan percintaan antara dewa Xiang Yun dan Chukong yang dihukum untuk menjalani kehidupan dalam tujuh hayat cinta.

Konflik cinta

Drama Lesson in Love akan menyajikan kisah tentang hubungan cinta terlarang antara guru dan pelajar. Ikuti bagaimana kisah itu terbongkar ketika pelakon utama memulakan hubungan cinta rahsia yang kontroversi.

Sementara siri drama Back For You pula bakal menjadi senarai tontonan ramai kerana jalan ceritanya yang menarik, selain memiliki elemen K-drama.

Antara drama Cina menarik yang akan ditayangkan di iQIYI.

Seleksi drama dan filem Cina yang bakal ditayangkan itu hanyalah sebahagian daripada kandungan hebat yang akan dilancarkan secara global menerusi platform iQIYI tidak lama lagi.

Pastikan anda melayari iQIYI International (www.iq.com) untuk kandungan lebih hebat untuk drama Cina dan Korea.

(FOTO: IQIYI)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca