PELAKON Datin Elvina Mohamad berkongsi berita gembira kini sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Perkongsian tersebut dilakukan Elvina, 28, menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya ketika bercuti di Tokyo Disneyland, Tokyo, Jepun.

“Kami tak sabar nak jumpa ahli keluarga baharu tidak lama lagi.. Karl bakal menjadi abang,” tulisnya ringkas beserta tanda pagar #babynumberTWO.

Menerusi fotonya bersama suami, Datuk Haniff Borhan dan anak lelaki, Karl Mateen, pelakon Takdir Cinta Dhia itu kelihatan sedang memegang perut, sekali gus menampakkan bentuk ‘baby bump’.

Bagaimanapun Elvina tidak berkongsi tentang usia kandungannya, namun kelihatan cukup teruja menanti kehadiran orang baharu dalam keluarganya.

Rata-rata peminat turut teruja dengan perkhabaran tersebut dan mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buatnya dan bayi dalam kandungan.

Iklan

Elvina dan suami berkahwin pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Karl Mateen yang kini berusia empat tahun.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.