Empat lagi bintang dijangkiti Covid-19

A
A
A

NAMPAKNYA semakin ramai rakyat Malaysia yang silih berganti dijangkiti virus Covid-19, termasuklah golongan selebriti.

Sejak Ahad lalu, seorang demi seorang berkongsi berita sedih ini termasuklah pengacara popular, Sherry Alhadad; pelakon, Aishah Azman, penyanyi, Elizabeth Tan dan Aril Pilus.

Sherry atau nama sebenar, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad yang sepatutnya mengendalikan program Big Stage 2022 Ahad lalu memaklumkan telah disahkan positif Covid-19.

SHERRY ALHADADSherry sepatutnya mengendalikan Big Stage 2022 Ahad lalu bersama Alif Satar, namun tempatnya digantikan Elly Mazlein.

“Terima kasih atas doa kalian semua. Semoga semuanya dipermudahkan dan kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Insya-Allah, kita jumpa minggu depan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aishah, 25, memohon maaf kepada mana-mana individu yang menjadi kontak rapat selepas disahkan positif Covid-19.

Bahkan dek virus itu, adik kepada pelakon Afiq Muiz itu terpaksa menangguhkan semua kerja yang ada.

“Dukacita dimaklumkan Aishah positif Covid. Minta jasa baik semua untuk doakan kesihatan Aishah dan keluarga.

“Minta maaf pada semua pihak produksi, kerja semua terpaksa ditangguh. Moga ALLAH memberi berjuta keberkatan pada semua yang terjadi,” ujarnya menerusi Instagram.

Sementara itu, Aril Pilus memaklumkan sudah berada di hari akhir kuarantin, bagaimanapun isterinya, Puteri Erma Edlinda baru di hari kedua, manakala anak mereka, Tun Adriel Mikael hari keempat.

aril pilusAril, isteri dan anak mereka turut dijangkiti Covid-19 dan masih menjalani tempoh kuarantin.

“Alhamdulillah semakin pulih. Saya hari ketujuh kuarantin, isteri hari kedua dan anak saya hari keempat. Tiada gejala yang membimbangkan setakat ini.

“Deria bau dan rasa ok. Batuk, selsema 90 peratus hilang. Cuma ada sikit rasa sakit-sakit, sengal-sengal badan.

“Yang menakutkan adalah selera makan meluap-luap. Ini yang paling merbahaya setakat ini,” katanya sambil berseloroh.

Elizabeth Tan yang baru sahaja pulang dari mendaki Gunung Kinabalu turut memaklumkan dirinya positif virus itu sambil menunjukkan kit ujian kendiri yang bertanda dua garis.

“Tak dapat lari daripada Corona,” tulisnya ringkas.

Setakat ini, semua selebriti itu hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah dan tidak berdepan dengan gejala yang membimbangkan.

Semoga cepat sembuh dari kami di SinarPlus!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca