PENYANYI dan pelakon Erra Fazira menyahut cabaran baharu dalam kerjaya seninya apabila kini bergelar penyampai radio di Sinar FM bermula 7 Februari lalu.

Pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek itu bergandingan bersama Faliq Hikyle dan Hefny Sahad mengendalikan slot Duo Sinar pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 3 hingga 7 petang.

Pada April tahun lalu, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu pernah menimba pengalaman di stesen sama selama sebulan.

“Saya kembali di Sinar FM. Kali ini tampil trio bersama Falyq dan Hefny. Kami bertiga akan menemani anda setiap Isnin- Jumaat, 3 hingga 7 petang. Jangan lupa tauu,” ujarnya menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Lebih tiga dekad bergiat aktif dalam industri seni, Erra yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-49 pada 9 Februari lalu menyifatkan tugasan sebagai penyampai radio itu adalah satu cabaran buatnya.

Bagaimanapun bintang filem Sembilu itu mengakui teruja dan seronok berada di konti radio serta berinteraksi secara langsung dengan pendengar.

Iklan

“Pencapaian baharu yang terindah buat saya,” katanya.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.