Fazley Yaakob, Adibah Noor, Senario antara peserta GV8
TEKA-teki penyanyi yang menyertai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) akhirnya terjawab apabila 13 orang penyanyi diumumkan bakal berentap untuk merebut gelaran juara bermula 21 November ini.
13 penyanyi tersebut terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan.
Antara nama yang menjadi perhatian kali ini adalah Datuk Fazley Yaakob, Adibah Noor dan pelawak Yasin dan Saiful Apek dari kumupulan Senario.
Selain itu turut sama bersaing ialah Aweera, Azan Scan, Shidee, Bandi Amuk, Aliff Aziz (Singapura), Ani Mayuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia).
GV8 masih mengekalkan formal asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem permarkahan100 peratus barisan juri profesional.
Barisan juri tetap terdiri daripada maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Syafinaz Selamat. Manakala Nabil Ahmad dan Jihan Muse kekal selaku pengacara.
Konsert mingguan GV8 akan mula bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad, pukul 9 malam dan dipancarkan secara eksklusif menerusi Astro Ria.
Juara GV8 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang