KEJAYAAN seorang suami kerana adanya isteri yang menjadi penguat tulang belakang. Pelakon dan usahawan, Nur Fazura puji kesungguhan suaminya, Fattah Amin memainkan watak sebagai Awang dalam filem Mat Kilau.

Jika pada awal kemunculan, Fattah pernah digelar pelakon ‘kayu’ kerana lakonan yang kelihatan agak kekok dalam sebuah drama bersiri, Playboy Itu Suami Aku, pada tahun 2013.

Namun, kini tidak lagi kerana lakonannya dalam filem ini telah membuktikan bahawa kemahiran lakonan beliau semakin bertambah baik dan berjaya menjiwai watak.

Bahkan, ada juga warga maya yang memuji Fazura kerana menyokong kerjaya suaminya dan beranggapan bahawa Fattah sungguh beruntung kerana memiliki isteri yang senantiasa berada di sisi.

SinarPlus menjengah ke laman sosial Instagram milik Fazura, beliau ada memuat naik poster filem Mat Kilau dengan wajah Fattah Amin dengan kapsyen yang sungguh menyentuh hati.

Kredit foto: Instagram, Nur Fazura

“Hi sayang, ingat tak masa you shoot cerita ni, kita baruuuu je kahwin.”

“Ingat juga tak masa tu I punya risau kat you sebab banyak betul scenes yang buat I fikir macam-macam kat rumah, especially masa pukul 3-4 pagi you masih dalam sungai.. ada buaya ke?”

Baca juga: Fattah Amin mahu Padamu jadi terapi jiwa buat pendengar

“I asked.. you boleh ketawa je. But you being you.. always calm walaupun I tahu you penat gila, tak cukup tidur semua pun ada.”

“You were so passionate when given this role from the beginning, even more than any roles you ever played. So, memang I tunggu nak tengok filem ni. Best ke tak ni?”

“Well, let me just say that I’m in awe of it all. Your persembahan as “Awang” dalam filem ni dah letak you on another level as an actor. You have proven time and time again that you are incredibly talented!”

“Your talent, perseverance, humility and hardwork are truly admirable to me, so to say that I’m proud is an understatement.”

“I’m so happy you get to also use your silent “Silat” skills for a good cause — something that you dreamed of doing for a long time.”

“Syukur ke hadrat ALLAH SWT di atas segala-galanya. Congratulations my love. I look forward to seeing more of your achievements in the days to come.. here by your side always.. mudah-mudahan.. Amin!”

“Saya cinta kamu. @fattahaminz Love, your super sweet wife.”

Baca juga: Fazura terharu diundang buat kejutan di majlis sambutan peribadi Tengku Permaisuri Selangor

Iklan
Kredit foto: Instagram, Nur Fazura

Kejayaan Fattah Amin membawa watak itu mendapat banyak pujian daripada warga maya dalam sosial media, Twitter.

“Fattah Amin punya performance dalam Mat Kilau paling gempak sebab dia nampak character development selain Beto dan Adi Putra.”

“Fattah Amin pun dah tak kayu now, maybe sebelum ni salah director kot. Saya akan support Fattah from now.”

Bahkan ada yang berkata untuk hentikan tanggapan yang sama mengenai lakonan pelakon berkenaan kerana kemahiran lakonannya sudah semakin bertambah baik.

“We all know that adi putra and the others mmg gempak belakon.. but surprisingly Fattah Amin. He should act more for action movies!”

Iklan

“Syabas! Terima kasih Fattah Amin. Persembahan terbaik anda dalam filem Melayu Malaysia setakat ini. Filem #MatKilau adalah salah satu filem yang terbaik pada tahun ini.”

Difahamkan, setelah empat hari tayangan filem arahan Syamsul Yusof ini telah mendapat kutipan RM11 juta dan rata-rata warganet turut mengesyorkan orang ramai untuk menonton bersama keluarga.

Baca juga: ‘1 hari 1 juta, 2 hari 2 juta’ – Filem Mat Kilau terima sambutan luar biasa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan