Fazura teruja, anak terima hadiah rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Norashikin
BERTUAHNYA Nur Fatima Aisya, permata hati kesayangan pelakon Fazura dan Fattah Amin, apabila dikurniakan seutas rantai berlian oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman, sempena sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang pertama pada 2 Oktober lalu.
Menerusi hantaran di lnstagram Story miliknya semalam, Fazura, 38, berkongsi keterujaan menerima hadiah daripada insan istimewa itu.
“Masya-ALLAH, sukanya. Rantai rekaan khas untuk Fatima. Junjung kasih kepada Permaisuri yang penyayang dan pemurah,” luahnya.
Selain rantai, ia turut disertai dengan kad ucapan istimewa daripada Tengku Permaisuri Norashikin.
“Dear Fatima, you deserve all the love and happiness in the world. Happy birthday,” tulis baginda.
Pelakon Gol & Gincu itu ternyata terharu atas ingatan Tengku Permasuri kepada Fatima dan turut menitipkan doa agar baginda sentiasa dikurniakan kegembiraan.
“Kami sayangkan Tuanku. Semoga Tuanku sentiasa diberkati dan dilimpahi dengan kegembiraan, rezeki dan kasih sayang setiap hari. Amin,” katanya.
Fazura sebelum ini juga pernah menerima hadiah kepingan syiling emas dan beberapa naskhah buku agama daripada Permaisuri Selangor itu pada September lalu.
Aktres kesayangan ramai itu mendirikan rumah tangga dengan suami, Fattah Amin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini genap setahun usianya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang