Wira sebenar! X50 terjunam tasik, 7 hero gadai nyawa selamat tiga beranak. 'Jadi rantaian manusia, ada hampir lemas'

No Image Caption
A
A
A

DETIK cemas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terjunam ke Tasik Biru, Rawang bertukar tular apabila tujuh penduduk tempatan tampil berani, mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Dalam kejadian tersebut, seorang wanita bersama dua anak perempuannya berusia tiga dan enam tahun dipercayai berada di dalam kenderaan berkenaan sebelum ia mula tenggelam. 

Segalanya bermula pada jam kira-kira 12 tengah malam apabila jeritan meminta tolong kedengaran. Tanpa memikirkan risiko, tujuh lelaki tersebut terjun ke dalam air yang gelap bagi mengeluarkan mangsa seorang demi seorang. 

No Image Caption

Keadaan pada waktu malam yang terhad penglihatan serta kedalaman air menambahkan cabaran, namun semuanya diketepikan demi menyelamatkan nyawa.

Menurut salah seorang daripada mereka, tindakan itu berlaku secara spontan. Mohamad Fahmi Ismail, 33, menerima mesej daripada grup WhatsApp ketika kejadian dia sedang menikmati juadah moreh.

Menurut Muhamad Fahmi, ketujuh-tujuh mereka adalah orang awam.
Menurut Muhamad Fahmi, ketujuh-tujuh mereka adalah orang awam.

Bergegas ke lokasi kejadian, Mohamad Fahmi berkongsi kenderaan berkenaan yang hampir tenggelam dan jeritan kanak-kanak jelas kedengaran.

Proses menyelamat menjadi perhatian selepas mereka membentuk rantaian manusia. Lebih menyentuh hati, ada dalam kalangan tujuh wira itu hampir lemas ketika 15 minit bergelut dengan situasi panik dan menakutkan.

Artikel Berkaitan:

"Bila saya dengar kanak-kanak tu menjerit, terus terbayangkan dua orang anak saya. Mula-mula takut juga, tapi saya beranikan diri dan ketepikan rasa takut terjun terus ke dalam tasik berkenaan.

“Ketika saya tiba sudah ada pemuda lain, termasuk saya seramai tujuh orang cuba selamatkan mangsa. Kami guna teknik panjangkan tangan. Pun begitu, ada juga di antara kami hampir lemas ketika nak selamatkan mangsa,” kongsinya dipetik dari Kosmo.

No Image Caption

Lega ketiga-tiga mangsa berjaya diselamatkan, namun Muhammad Fahmi memaklumkan wanita berkenaan kelihatan lemah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

"Semua dalam keadaan sedar. Apabila sampai ke tebing, wanita berkenaan tidak sedarkan diri mungkin kerana tertelan banyak air," kongsinya kepada SinarPlus.

Difahamkan, kejadian berkenaan awalnya tidak disedari oleh orang ramai. Bumbung suria (sunroof)  yang kebetulan terbuka menjadi satu-satunya laluan untuk mangsa dikeluarkan ketika kereta mula ditenggelami air.

No Image Caption

"Si ibu hampir tenggelam cuba nak selamatkan anak-anak. Nasib baik sunroof kereta terbuka. Jadi boleh keluarkan dari atas. Dengan keadaan gelap-gelita. Kayu ke ranting langsung tak ada.

“Masa awal-awal sebenarnya tiada langsung yang perasan kereta tu terbabas masuk tasik. Ada orang kerumun tapi mereka ingat tengah buat penggambaran,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Fahmi bersyukur apabila ketiga-tiga mangsa berjaya diselamatkan.

"Syukur kepada-MU Ya ALLAH yang Maha Pelindung dan Maha Penyayang.

"Terima kasih wira-wira sekalian," titipnya.

Dalam masa yang sama, Muhammad Fahmi mendedahkan tangisan dua kanak-kanak yang diselamatkan memberikan kesan mendalam kepadanya.

Malah insiden berkenaan membuatkan beliau lebih menghargai kehidupan.

"Detik dua jam tangisan anak-anak perempuan itu sehingga kini bermain di dalam fikiranku sehingga ke hari ini.

"Peristiwa yang membuatkan saya belajar tentang rasa tanggungjawab, menghargai satu sama lain dan erti bersyukur kepada Maha Pencipta.

"Syukur kepada-MU Ya ALLAH Maha Pemurah dan Penyayang. Tangisan yang akan dikenang sampai bila-bila," kongsinya.

Sumber: Facebook

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang