Francissca Peter, Siti Fairuz kini bergelar Datuk

Francissca Peter & Siti Fairuz
Francissca Peter & Siti Fairuz
A
A
A

PENYANYI popular era 1980-an, Francissca Peter dan Siti Fairuz menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Kedua-dua bintang legenda ini merupakan antara 99 individu yang menerima darjah bintang dan pingat kebesaran yang disampaikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat Pahang.

Acara yang diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar pada Isnin itu adalah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis santapan yang berlangsung selepas istiadat pengurniaan berkenaan selesai.

Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan barisan pentadbiran negeri diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Francissca atau nama sebenarnya Luciana Francissca Lucian G Peter, 61, cukup dikenali dengan lagu-lagu seperti Sekadar Di Pinggiran, Kerna Terpaksa, Aku Hanya Pendatang dan lain-lain.

Penyanyi kelahiran Ipoh, Perak ini juga pernah meraih pelbagai kejayaan dalam beberapa majlis anugerah, selain memperolehi jualan album yang tinggi dengan anugerah platinum.

Sementara itu, Siti Fairuz Sheikh Mohamad, 58, yang merupakan anak didik komposer terkenal, Datuk Ahmad Nawab pula dikenali menerusi lagu berhantunya, Bila Rindu Ku Sebut Namamu dan Usah Bertanya Lagi.

Biarpun tidak lagi aktif seperti dulu, penyanyi yang berasal dari Kuantan, Pahang itu masih lagi tampil membuat persembahan dalam acara-acara tertentu menghiburkan peminat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca