'Terima kasih atas doa semua' – Ustaz Wadi Annuar kemalangan di Gerik, mohon ruang untuk berehat
PENDAKWAH terkenal, Ustaz Wadi Annuar dilaporkan terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan di Gerik, Perak, bersama beberapa orang kakitangannya.
Berita berkenaan pastinya mengundang kebimbangan ramai, apatah lagi apabila melibatkan pendakwah yang dikenali masyarakat menerusi perkongsian ilmu dan dakwahnya.
Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan, dimaklumkan bahawa Ustaz Wadi bersama beberapa orang staf terlibat dalam kemalangan berkenaan.
Pemilik nama Mohamad Wadi Anuar Ayub itu dalam keadaan stabil dan mengalami kecederaan ringan.
"Kami memohon jasa baik semua agar memberi ruang kepada beliau untuk berehat. Buat sementara waktu, beliau belum menerima kunjungan ziarah.

"Terima kasih atas doa dan keprihatinan semua. Semoga ALLAH SWT mengurniakan kesembuhan serta mempermudah segala urusan beliau dan semua yang terlibat," kongsinya.'
Artikel berkaitan:
- Perceraian suami isteri kemenangan terbesar syaitan - Ustaz Wadi Annuar
- 'Ada yang datang meminang, belum terbuka hati.' Ustaz Wadi Annuar dedah pernah kahwin, pilih hidup solo selepas berpisah
Terdahulu, laman sosial Facebook rasminya memohon orang ramai menitipkan doa demi keselamatan dan kesejahteraan beliau serta semua individu yang terlibat.
“Pada hari Jumaat yang mulia ini, kami memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau serta semua yang terlibat.
“Semoga ALLAH SWT melindungi mereka, mengurniakan pertolongan serta mempermudah segala urusan.
“Terima kasih atas doa dan keprihatinan semua,” menurut kenyataan tersebut.
Ustaz Wadi, 43, merupakan wajah yang tidak asing menerusi kuliah-kuliah agama dalam dan luar talian.
Beliau yang merupakan pengerusi dan pengetua Akademik Darul Iftak, Sungai Petani, Kedah terdahulu muncul sebagai panel program keagamaan seperti Al-Kuliyyah dan Semusim Di Barzakh.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
